Muka jam Big Ben

Pandangan muka Jam Besar Westminster. Panjang jarum jamnya 2.7 meter (9 kaki) manakala jarum minitnya 4.3 meter (14 kaki).

Muka jam ini pada satu ketika cukup besar untuk menjadikannya jam bermuka 4 yang paling besar di dunia. Rekod ini kini dipegang oleh jam Allen-Bradley di Milwaukee, Wisconsin. Mekanisme jam ini disiapkan pada tahun 1854 tetapi menara jam tidak disiapkan sehingga tahun 1858.

Muka jam dan dail ini adalah rekaan Augustus Pugin dan dibina menggunakan kerangka besi dengan garis lintang 7 meter. Kerangka ini mendakap 576 kepingan gelas opal, seperti tingkap kaca berwarna. Kepingan-kepingan kaca ini boleh ditanggalkan untuk pemeriksaan. Sekeliling permukaan dial disalutkan dengan kepingan emas (gilded). Pada kaki setiap muka jam terdapat tulisan Domine Salvam Fac Reginam Nostram Victorian Priman yang bermaksud “Tuhan Selamatkan Ratu Victoria I Kami”.

Nama Big Ben sebenarnya diberikan kepada loceng utama untuk Jam Besar Westminster. loceng utama yang beratnya 14.5 tonne dibuat dalam tahun 1856. Jam ini tidak pernah diberikan nama rasmi, tetapi legenda menyatakan bahawa Pesuruhjaya Pembinaan Sir Benjamin Hall mengarahkan sedemikian. Oleh kerana menara jam belum lagi siap, jam ini dipasangkan di New Palace Yard tetapi jam ini retak apabila diketuk oleh pengetuk loceng. Oleh yang demikian, jam ini dileburkan semula dan dibuatkan semula menjadi jam seberat 12.5 tonne dan 4 buah jam suku-jam. Jam besar mula bergerak pada 7 September 1859.

Semasa Perang Dunia II, Istana Westminster rosak terkena bom Jerman yang memusnahkan Dewan Perundangan House of Commons dan muka jam sebelah barat.

Rujukan

WikiPedia: Big Ben http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=10000102&si... http://www.earthcam.com/uk/england/london/bigben.p... http://www.bigben.freeservers.com/index2.html http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&q=london&ll=... http://widgets.opera.com/widget/4961 http://www.skyscrapernews.com/buildings.php?id=452 http://widgets.yahoo.com/gallery/view.php?widget=3... http://www.ctbuh.org/Portals/0/Tallest/CTBUH_Talle... http://big.ben.gallery.sytes.org/ //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B...